Bila SPM habis hari tu, aku dah jerit sekuat hati. "NO MORE CALCULATION!! Aku takkan ambik course yang bersangkut paut Physics semua tu! " Betul.. Aku memang lemah kira-kira ni. Masa sekolah dulu pun Physics dengan Addmaths aku mana pernah kredit. Lulus tu selalu lah. Tapi takat E je lah.
Dalam borang permohonan UPU dulu paling atas aku letak Diploma Seni Kulinari. Ya, aku memang minat. Aku dah buat survey pasal course tu. Dan, ada jugak kira-kira. Business Mathematics. Alaa, tak la susah sangat. Kot. Hehe. Pilihan aku yang lain pula kebanyakannya bersangkut paut dengan English.
Sepanjang sebelum dapat keputusan tu dalam otak aku dah ada semua plan aku untuk masa depan. SEMUA berkait rapat dengan Seni Kulinari. Kira fizikal mental aku dah sedia nak terima semua cabaran. Aku ada juga rasa tak sedap hati, risau. Kalau tak dapat macam mana? Tapi ramai yang cakap. Dengan keputusan SPM aku tu, aku memang layak untuk dapat apa yang aku nak.
Aku dah cakap kat semua orang. Kalau aku rasa tak sedap hati mesti ada sesuatu yang tak diingini akan berlaku. And I was right. Aku dapat Diploma Sains Geomatik (Sumber Alam). Mula-mula tengok tu aku dah macam "ape bende ni ?!!" Aku memang tak tahu lansung pasal course tu. Bila check balik rupanya tu pilihan aku yang ke-5. O.o Salah aku jugak kot sebab isi borang main-main.
Bila tahu tu orang pertama aku call ialah Daniel. Sebabnya aku dah rancang nak ambik Seni Kulinari sama-sama. Lepas tu tak dapat huarghhh. Masa tu aku rasa macam sedih gila kot. Rasa macam impian aku dah berkecai. Perkataan SAINS tu memang menggerunkan aku. Cari punya cari course ni mainly memang banyak guna calculation. Physics pun kena belajar.
Duduk bincang dengan Umi Abah.. Umi gelakkan aku. Dia cakap, dulu aku pernah cakap kat dia yang aku nak kerja yang ada kaitan dengan alam. Pecinta alam lah kononya. Ni kira Allah dah makbulkan doa aku lah. Betul apa Umi cakap tu. Bukan ni ke benda yang aku nak sangat dulu? Sekarang aku dapat. Hm.
Form 4 aku dapat sekolah berasrama penuh aku lari. Dapat benda baik aku tak nak. Ni aku dapat lagi peluang yang bagus takkan aku nak tolak lagi kan?
Alhamdulillah sekarang aku dah mula belajar. Tempatnya kat UiTM kampus Arau, Perlis. Punya lah jauh dari kampung aku, Terengganu. Naik bas dah ambil masa 10 jam. Tapi setakat ni aku okay je kot. Homesick tu biasa lah. Tapi tak lah sampai meraung-raung nak balik. Kan dah besar panjang. :P
Sampai sini je lah. Tulis panjang-panjang bukan ada yang baca pon. haha. See ya!