I'm so dissapointed of you, you, and you.
I'm dissapointed of myself.
Saturday, November 24, 2012
Saturday, November 17, 2012
Suatu pesan.
Setiap orang punya masalah. Besar kecik masalah tu bagi aku bergantung pada tuan punya masalah tu sendiri. Kalau kau fikir masalah kau masalah besar sangat then benda tu akan jadi suatu benda yang sangat sangat sangat membebankan. Sebagai contoh, aku sendiri. Hm.
Aku kononnya punya masalah yang tersangat amatlah besar. Aku tak punya kawan. Maksud aku aku tak punya kawan untuk sentiasa bersama. Yelah, macam dulu-dulu. Dalam kelas, balik rumah, siang, malam, pagi, petang, hujung minggu, aku bersama orang yang sama. Merekalah musuh ketat, merekalah kekasih hati, sahabat sejati dunia akhirat.
Perangai aku satu. Aku tak friendly. Kalau jalan tempat awam muka stok macam singa nak cari mangsa. Dan bila dah pergi tempat baru mula lah rasa macam loser, kawan buat teman tu tak ada. Jiwa mula memberontak. I WANT ALL MY BESTFRIENDS TO BE WITH ME. Mungkin orang nampak benda ni macam entah apa-apa. Tapi bagi aku dah rasa macam give up. Nak balik rumah, duduk negeri asal, bawah ketiak mak walaupun kalau ada depan mata bukan tau nak appreciate.
Duduk, tarik nafas, pejam mata, fikir.
Alasan. Semua tu alasan semata-mata. Konon diri punya masalah. Gini lah ciri-ciri orang tak tahu nak hargai apa yang ada.
Tinggal lagi berapa minggu nak masuk semester kedua. Harap sangat aku dapat hakis perangai bodoh sombong aku. Dah tahu bodoh tak reti-reti nak usaha. Jatuh sikit menangis meraung macam nak hilang nyawa. Lepas ni apa pun jadi. Aku kena bangun dan terus berlari. Aku rasa ni saja cara aku, anak yang paling jahat, paling degil ni boleh buat Umi Abah bangga. Juga perlu ingat. Menuntut ilmu kerana Allah. Itu yang paling penting.
Friday, November 16, 2012
Mulut manis
Perasan tak, kadang-kadang orang yang mulutnya manis ni nampak bodoh? Tak? Ke kau dah tenggelam dalam timbunan gula yang terhasil dari setiap percikan air liurnya?
Contoh : Sorang gadis upload gambar dia tengah posing. Aku bukan nak bersikap kejam ke apa tapi secara jujurnya, gambar tu memang H-O-D-O-H. Tiba-tiba tengok *1292145678 like this* tengok komen pula ; *comelnya!!* *awhh so cuteeee*
Like seriously? Apa dah jadi dengan manusia sekarang? Aku bukan mengata gambar orang. Tapi aku sendiri pun ada kawan yang macam ni. Terang benderang gambar aku jerawat bertempek. Gemok. Hitam.Still puji melebih-lebih. Kalau ya pun nak jaga hati kawan, tolonglah jangan menipu. Tolonglah.
Aku paling tak boleh sangat nak berdepan dengan orang mulut manis ni. Dan aku bukan jenis yang mudah terhanyut dengan kata-kata yang kononnya indah tu. Kan dak pasa-pasai aku muntah la tu jugak. Geli I tawwwwwwww.
Kau kalau baik dengan aku macam mana pun tolong lah jangan nak bersayang-sayang. Kalau kau perempuan aku boleh la terima sikit walau rasa geli kadang-kadang. Tapi kalau kau lelaki baik jangan. Tak tahu lah aku ni pelik ke apa. Tapi aku akan naik angin kalau orang panggil macam tu. Menyampah mungkin.
Ciao.
Tuesday, November 13, 2012
Kau Perlu Kuat.
Kau kata aku kuat
Kau kata aku hebat
Kau kata apa nak semua aku dapat
Aku kata tak kau masih nak berdebat
Senyum, ketawa
Orang kata bahagia
Sedih, kecewa macam tak ada
Siapa tahu dalaman terluka?
Jangan ingat aku tak nangis sebab hati dah mati
Jangan ingat aku ketawa dunia aku tak sepi
Jangan ingat aku senyap aku tak sakit hati
Jangan ingat aku tak melawan aku tak tahu nak bela diri
Aku gembira bukan sebab tak ada masalah
Cuma benda kecil buat apa nak ambil kisah?
Tak perlu risau tak perlu beralah
Ada Allah kenapa nak gundah?
Sunday, November 11, 2012
aaaaaaaaaa
Hidup ini penuh teka teki,
Bila manusia mula pentingkan diri,
Sibuk mencari jawapan sampai lupa diri,
Bila sudah sedar diri,
Mula menangis sendiri,
Berfikir betapa bodohnya menjual diri,
Kepada dunia yang belum pasti,
Awan dan bumi hanya ketawa menjadi saksi,
Betapa bodohnya manusia kini,
Terpedaya dengan permainan mereka sendiri.
Oleh : Adie Rosli
Bila manusia mula pentingkan diri,
Sibuk mencari jawapan sampai lupa diri,
Bila sudah sedar diri,
Mula menangis sendiri,
Berfikir betapa bodohnya menjual diri,
Kepada dunia yang belum pasti,
Awan dan bumi hanya ketawa menjadi saksi,
Betapa bodohnya manusia kini,
Terpedaya dengan permainan mereka sendiri.
Oleh : Adie Rosli
Monday, November 5, 2012
Fikir.
Allah kurniakan kita fikiran, kita kena guna dengan sebaiknya.Ya, Allah kurniakan kita nafsu tapi jangan pula disalah guna. Allah kurniakan rasa kasih, rasa sayang.. Jangan pula kasih, jangan pula sayang pada yang tak sepatutnya.. Faham tak apa yang aku nak sampaikan tu?
Kalau faham bagus, kalau tak sila fikir lagi, lagi dan lagi..
Orang kalau nak tutup kesalahan sendiri boleh tak jangan salahkan orang lain? Orang kalau tak tahu hal sebenar bolah tak jangan nak cuba jadi hakim? Orang kalau tahu nak beza mana yang betul mana yang salah boleh tak jangan nak tegakkan benang yang basah? Ada otak, tolong fikir. Boleh?
Diam. Tengok sekeliling. Fikir.
Banyak benda dalam dunia ni kita tak tahu dan perlu belajar.
Kadang-kadang pengalaman orang lain yang mengajar kita lebih daripada pengalaman kita sendiri.
Dulu aku tak percaya apa orang kata.
Sekarang benda jadi depan mata.
Perlu ke aku perlu kata itu dusta?
Ya, semua kerana harta.
Kalau dah tak berharta siapalah kita.. Kan??
Ya, memang harta boleh bawa masuk kubur pun. Kan?!
Kalau faham bagus, kalau tak sila fikir lagi, lagi dan lagi..
Orang kalau nak tutup kesalahan sendiri boleh tak jangan salahkan orang lain? Orang kalau tak tahu hal sebenar bolah tak jangan nak cuba jadi hakim? Orang kalau tahu nak beza mana yang betul mana yang salah boleh tak jangan nak tegakkan benang yang basah? Ada otak, tolong fikir. Boleh?
Diam. Tengok sekeliling. Fikir.
Banyak benda dalam dunia ni kita tak tahu dan perlu belajar.
Kadang-kadang pengalaman orang lain yang mengajar kita lebih daripada pengalaman kita sendiri.
Dulu aku tak percaya apa orang kata.
Sekarang benda jadi depan mata.
Perlu ke aku perlu kata itu dusta?
Ya, semua kerana harta.
Kalau dah tak berharta siapalah kita.. Kan??
Ya, memang harta boleh bawa masuk kubur pun. Kan?!
Subscribe to:
Comments (Atom)
