Friday, January 4, 2013

Random

 Assalamualaikum, hai. Aku rasa belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru walaupun aku ni bukan jenis orang yang meraikan sebarang perayaan. Sebut tentang perayaan, kenapa semakin hari sesuatu perayaan tu jadi semakin hambar? Salah siapa? Kalau nak cakap mengenai Deepavali ke Chinese New Year ke tu aku tak pasti. Tapi kalau kebanyakan perayaan yang di rayakan oleh orang Islam, yes. Hambar.

 Ingat lagi time kecik-kecik dulu, bukan saja nak sambut raya, bahkan nak tau tarikh start puasa tu dah terkinja-kinja. Punya lah excited. Sekarang nak masuk bulan puasa pun macam sedar tak sedar. Pejam celik, pejam celik, "Eh, minggu depan dah nak start puasa eh? Aku rasa macam baru bulan lepas je raya." Macam makin lama sesuatu tu makin hilang maknanya. Sedih.

 Habis cerita pasal raya, masuk pula mengenai Maharaja Lawak Mega. Aku pun tak tahu menahu yang rancangan tersebut dibuat di Terengganu semalam hinggalah aku tengok gambar pagar runtuh, cermin pecah kat news feed facebook. Aku pun terkejut. Ini ke budi pekerti orang Terengganu? Masya-Allah, Hanya kerana tiket rancangan bukan-bukan tu manusia boleh jadi bodoh macam ni? Aku sebagai rakyat Terengganu rasa macam nak jalan muka heret kat tanah. Malu oi.

 Kepada rakyat Terengganu yang bukan semua pastinya, bakpe lah mu wak pranga dok ppaka? Kalu orang ngate kang, maroh. Pulok tu pelik aku sorang-sorang muka bangga tunjuk tiket MLM. Heran aku nge awok ni tobak ater.

 Masuk pasal diri aku, walaupun baru sebulan lebih tak balik rumah aku rasa macam dah lama gila. Ye lah, mid-sem break haritu, orang cuti aku duk sini menghitamkan diri. Hitam pun hitam lah, janji hati senang. :D Banyak yang boleh belajar time Latihan Intensif Brassband tu. Walau disuruh bergolek, berenang dalam longkang kering, jujur aku cakap ianya menyeronokkan.

 Mengenai kem untuk pemilihan ke drum competition,  aku memang tak harap sangat dapat join, tapi hanya ingin mencuba nasib. Dapat untung lah, tak dapat tak rugi apa-apa. Kan? Ehek. Tapi yang ada dalam otak aku sekarang ni bukanlah pertandingan tersebut tapi TEST. Tests dan reports huraghhh!. Macam mana lah aku nak siapkan report tu sedangkan kerjanya belum habis lagi. Macam mana nak siapkan kalau hari-hari asyik hujan? Seteghesss.

 Dah, dah tak nak melalut banyak-banyak. Lepas ni nak kena kemas bilik dan study sikit. (Harap-harap jadi lah plan untuk hari ni tu.)Haha. Jumpa lagi di lain waktu. Bhoi.




No comments:

Post a Comment