Aku tengok banyak hadiah bergelimpangan atas katil. Senyum. Aku tilik satu-satu. Semua adik aku punya. Hebat juga adik aku ni. Aku puji dalam hati. Kalau puji depan-depan maunya dikata aku gila. Mana pernah aku ucap kata-kata manis. Kalau boleh hari-hari nak mengutuk mengata. Aku macam Abah. Tak tau nak luahkan rasa sayang. Kalau aku duduk jauh, pergi mana-mana memang Umi yang call, tapi selalunya sebab Abah yang suruh. Abah. Abah. Abah macam aku, aku macam Abah. Muka boleh control macam tak ada apa yang jadi pada setiap situasi. Cara aku dengan Abah fikir sama.
Aku bukan nak cerita pasal Abah. Aku nak cerita pasal aku. Bukan nak berbangga, tapi saja nak muhasabah diri.
Siapa tahu perasaan macam mana berada diatas, tiba-tiba jatuh, tersungkur dalam gaung, duduk kat tempat rendah serendah-rendahnya. Nak cakap pun tak boleh sebab aku pun tak tahu macam mana rasanya. Aku seolah tak rasa apa. Itu masalahnya.
Sekarang semua orang senyap, macam dah tak percaya aku. Selepas SPM. Sebelum tu aku dah cuba terangkan dekat semua orang. Nak kaut semua A tu aku tak mampu.. Sungguh aku tak mampu. Tapi semua buat ayat. "Kak Irah bijak.. Takpe.." Ayat tu bagi aku satu beban. Bukan pujian.
Fikir-fikir balik aku dah lama tak buat Umi Abah bangga. Fikir-fikir balik aku memang selalu buat Umi Abah kecewa. I am nobody but a failure. I'm sorry.
No comments:
Post a Comment