Monday, April 29, 2013
Assalamualikum hi hello apa khabar kamu semua semoga sihat sejahtera hendak-Nya. Percaya tak semua perkara dalam dunia ni senang je, tapi diri sendiri buat benda tu susah? Trust me, trust me!
Contoh pertama. Aku memang tak suka nombor. Kata aku lah kan. Segala benda berkaitan kira-kira ni aku cakap susah. Complicated gila wa cakap lu. Tapi kenapa ada je orang yang excellent dalam bab kira-kira ni. Kira-kira je kot. Alahh, kacang!! Tapi bagi aku susah gila nak mati. Buat satu soalan tu pikiaq macam nak keluar otak. Aku fikir benda tu complicated. Sangat. Tapi alangkah ajaibnya, bila exam boleh je pass. Nampak tak permainannya disitu? Aku tak nak terang lebih-lebih. Tuhan kasi otak sila guna sebaik mungkin ya. Hikhik.
Contoh kedua. "You'll never understand me! Nobody's gonna understand me!" Pernah tak kau cakap macam tu? Aku pernah. Kuat kot aku jerit, dalam hati. Hm hm. Dekat mak ayah pun pernah kita rasa macam tu kan? Apa tah lagi dekat adik-beradik, kawan, sahabat. Oh sayang intan payung, why didn't you understand others at the first place? Okay lari tajuk. The point is, contoh la kan. Balak kau tinggal kau, kau menangis meraung apa semua. Kawan kau cuba tenangkan, tapi kau end up marah dia cakap dia takkan tahu apa yang kau rasa. Sedangkan, kawan kau tu balak dia baru mati kena langgar lori depan mata dia sendiri. Cuba cakap kat aku siapa yang patut sedih gila gila sebenarnya?
Thing will be complicated if you think it is. Semua perkara berlaku atas cara kau handle kau punya pemikiran, cara kau kawal kau punya emosi. Be positive, its the key!
This is a note to self. Orang lain juga. Sama-sama lah ingatkan diri masing-masing kan. Aku tulis ni sebab, sekarang aku tengah dalam mood yang baik. Lepas tu terfikir benda yang lepas. Rewind balik semua benda yang pernah jadi. Lepas tu terfikir, ''Bodohnya aku, benda macam ni pun nak nangis, benda macam ni pun nak sedih."
Ciao.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment